Gadis Ini Saja Suruh Rakam Menari Gila-Gila, Sekali Reaksi Ayahnya Pula Raih Perhatian
Comel je ayah dia.
Tidak dinafikan, ayah merupakan insan yang paling rapat dengan anak perempuan sejak kecil lagi
Dengan ayahlah tempat kita bermanja, bergurau dan mengadu tentang apa yang terjadi dalam kehidupan seharian. Kalau mereka tak ada, memang sunyilah hidup.
Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan gelagat comel seorang pak cik dikenakan oleh anak perempuannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja kenakan ayah konon suruh record menari, tapi sebenarnya dah flip kamera siap-siap
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kymsaiful_tan, kelihatan gadis itu menyuruh ayahnya memegang telefon dan merakam dia menari.
Pada mulanya, reaksi si ayah dilihat sangat serius sambil memegang telefon itu. Tetapi, sebaik saja dia melihat anak perempuannya menari terkinja-kinja, dia spontan tergelak.
Lebih menghiburkan, dia siap berseloroh dan berkata "b*bi betul lah kau ni, adoi aku kalau kau takde laki aku la orang paling pening tengok muka kau ni".
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
"Hahaha ayat bapak dia, steady pak cik. Rindu arwah abah, I selalu buat macam ni bila jumpa dia" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 2.1M views, 219.4K likes dan 4.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan ada juga yang sebak kerana teringat arwah ayah masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Tengok gaya pak cik ni pun tahu dia memang jenis sempoi dan suka bergurau dengan anak-anak. Semoga panjang umur pak cik! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment