Gadis Kongsi Resipi 'Sos Suki-Ya' Yang Betul, Memang Terangkat Bila Cicah Dengan Daging!
Aduh, tiba-tiba admin craving Suki-Ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi penggemar steamboat, semestinya restoran Suki-Ya adalah salah satu restoran kegemaran anda bukan?
Apatah lagi jika dapat cicah daging mentah yang dicelup dengan kuah sup panas-panas itu bersama sos buatan kita sendiri. Memang layan lah!
Baru-baru ini, seorang gadis di laman aplikasi X telah berkongsi resipi sos Suki-Ya yang dijamin sedap telah mendapat perhatian ramai.
Menurut @ErahSoo, dia menggunakan nisbah 3:3:3 dengan mencampurkan beberapa sos dan bahan yang disediakan oleh restoran di bahagian bufet.
1. 3 sudu bawang putih
Image via @ErahSoo (X)
2. 3 sudu cili padi
Image via @ErahSoo (X)
3. 3 sudu daun bawang
Image via @ErahSoo (X)
4. 3 sudu ketumbar
Image via @ErahSoo (X)
5. 3 sudu sos Misotare
Image via @ErahSoo (X)
6. 3 sudu sos Gomatare
Image via @ErahSoo (X)
7. 3 sudu sos Sinchuan
Image via @ErahSoo (X)
Image via @ErahSoo (X)
Haa, senang kan? Campur je semua 7 bahan ni, jadilah sos Suki-Ya kita. Selamat mencuba guys!
Image via GIPHY
Leave a comment