Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[GAMBAR] 12 Pusat Beli-Belah Dengan Deko Lebaran Menggamit Suasana Raya Bagi Tahun 2019

Cantiknya! Macam-macam tema ada.

Image via fbcdn.net

Menggunakan tema 'The Beauty of Raya', pusat beli-belah Pavilion mengetengahkan konsep ketupat yang sememangnya sesuai dijadikan simbolik kepada semangat perpaduan kaum terutamanya apabila menjelangnya hari raya.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga pasti akan teruja dengan keindahan deretan bunga Calendula yang menakjubkan ditambah pula dengan ratusan ketupat bergantungan di angkasa. Terus rasa mengidam ingin makan ketupat!

Image via ohbulan.com

Image via fbcdn.net

2. Suria KLCC

Image via Facebook Suria KLCC

Bertemakan “Semurni Ikatan Seindah Lebaran”, ruang legar utama suria KLCC telah dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni umpama sebuah pesta cahaya. Tarikan utama adalah replika istana berbentuk pentagon yang diilhamkan dari Istana Jahar di Kota Bharu, Kelantan.

Replika istana tersebut dihiasi pelbagai ukiran-ukiran halus yang menampilkan keindahan serta kekayaan senibina masyarakat Melayu. Gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak geometri Islam yang menghiasi struktur binaan memberikan impak yang sempurna terhadap replika istana lama tersebut.

Image via Facebook Suria KLCC

Image via Facebook Suria KLCC

3. The Gardens

Image via Facebook The Gardens Mall

Pusat beli-belah The Gardens mengambil pendekatan dekorasi yang mengambil inspirasi hiasan dari kota Maghribi. Menggunakan lampu, bantal serta perhiasan bewarna-warni pasti membuatkan pengunjung terpukau di samping merasakan diri seolah-olah seperti benar-benar berada di Maghribi.

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini!

Image via Facebook The Gardens Mall

Image via Facebook The Gardens Mall

4. eCurve

Image via Facebook eCurve

Nak tahu bagaimana rasanya menyambut hari Raya zaman mak ayah kita dulu? Boleh singgah ke pusat beli-belah eCurve yang mengangkat tema Al-Kisah Pesta Ria!

Tema Al-Kisah Pesta Ria akan memberikan anda Raya yang tidak dapat dilupakan dengan mengangkut anda kembali ke masa ke era ikonik yang dipenuhi dengan banyak detik-detik nostalgia yang menarik.

Ruangan tengah telah diubah menjadi jalan-jalan lama yang menarik, dipenuhi dengan pelbagai  kedai dari era 60-an, termasuk kedai ubat, kedai runcit, tukang gunting rambut, kedai kopi, dan kedai rekod. Ini akan membawa jalan ke panggung grand yang menakjubkan, semua dihiasi dalam warna merah, emas, dan putih.

Image via Facebook eCurve

Image via Facebook eCurve

Image via Facebook The Curve

Bersempena dengan Hari Raya 2019 ini, The Curve mengangkat tema ‘Kenangan Manisku’ yang sangat bersesuaian dengan hiasan dan lukisan yang dipamerkan.

Terdapat lukisan yang berlatarbelakangkan rumah kayu kampung yang tinggi dan kelibat sanak-saudara bermain di halaman rumah dan imej ini sangat menyentuh hati bagi sesetengah pengunjung.

Jangan lepaskan peluang sebagai kenangan alang-alang nak hari lebaran inii!

Image via Facebook The Curve

Image via Facebook The Curve

6. Sunway Pyramid

Image via Facebook Sunway Pyramid

Seakan-akan berada di taman bunga Raya, begitulah konsep yang digunakan Sunway Pyramid dalam meraikan musim perayaan yang penuh warna-warni dengan tema Bunga-Bunga Raya. Dengan hiasan bunga raya sebagai dekorasi pilihan, ia juga membawa maksud ‘Bunga Perayaan’ yang penuh dan mekar.

Image via Facebook Sunway Pyramid

Image via Facebook Sunway Pyramid

7. 1 Utama

Image via Facebook 1 Utama

Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019, 1 Utama membawakan tema ‘Sulaman Kasih’ yang memberi erti Aidilfiitri dalam mengeratkan dan mengukuhkan lagi ikatan antara keluarga dan sahabat handai.

Meskipun dekorasi raya yang digunakan sangat minimal namun tetap indah kerana mengetengahkan konsep kayu buluh, tenunan rotan, tikar nipah serta pokok kelapa yang cukup sinonim dengan suasana kampung.

Image via Facebook 1 Utama

Image via Facebook 1 Utama

8. Queensbay Mall

Image via Facebook Queensbay Mall

Singgah ke pusat beli-belah Queensbay pada musim perayaan ini membuatkan anda seperti berada memasuki Bazaar Arab yang sibuk.

Menghiasi ruangan tengah dengan pasu seramik, lampu gaya Maghribi, bakul dan tas rotan yang elegan ditambah pula dengan permaidani indah pasti membuatkan anda tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar!

Image via Facebook Queensbay Mall

Image via Facebook Queensbay Mall

9. Mid Valley Megamall

Image via Facebook Mid Valley Megamall

Sambutan hari Raya yang meriah lagi penuh warna-warni dapat dirasai di Mid Valley Megamall yang mengetengahkan konsep diilhamkan dari batik Raya. Dipenuhi dengan pokok-pokok, muzik dan rumah kampung, suasana ini pasti menaikkan lagi semangat hari lebaran dalam hati para pengunjung!

Image via Facebook Mid Valley Megamall

Image via Facebook Mid Valley Megamall

10. Setia City Mall

Image via Facebook Setia City Mall

Mengetengahkan Rumah Kedah sebagai konsep utama, dekorasi raya di sini memaparkan sawah padi dan kenderaan tradisional yang mana tentunya menggamit kenangan sesetengah daripada kita.

Imej ini juga bersesuaian dengan tema Nostalgia Raya yang ingin diketengahkan, membuatkan pengunjung pasti tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman!

Image via Facebook Setia City Mall

Image via Facebook Setia City Mall

11. Berjaya Times Square

Image via Facebook Berjaya Times Square

Pengunjung pasti tergamam lagi terpukau dengan keindahan gantungan lampu-lampu yang menghiasi ruang tengah pusat beli-belah Berjaya Times Square!

Selain tanglung keemasan, ruangan itu juga dihiasi dengan dengan binaan bangunan yang membuatkan sesiapa sahaja akan berasa seperti benar-benar berada di Timur Tengah, menonjolkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri ini.

Image via Facebook Berjaya Times Square

Image via Facebook Berjaya Times Square

12. Avenue K

Image via Facebook Avenue K

Tidak seperti kebanyakan pusat beli-belah yang lain, Avenue K tampil dengan konsep dekorasi raya yang lebih moden!

Dekorasi Raya pusat membeli-belah ini dihiasi dengan lampu neon dan warna-warna pastel dan dihamparkan juga rumput bagi memberikan pengunjung merasai suasana santai berlatarkan tema moden.

Image via Facebook Avenue K

Image via Facebook Avenue K

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat juga dekorasi raya pusat beli-belah tahun lepas di bawah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment