Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gara-Gara Hisap 'Vape' Dalam Panggung Wayang, Tindakan Individu Ini Dikecam Ramai

Tak tahu ke dalam tu tak boleh hisap?

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita sering melihat ramai orang merokok dengan menggunakan rokok elektronik atau vape bukan?

Tambahan lagi, ia menjadi pilihan bagi golongan muda kerana boleh didapati dalam pelbagai rasa. Namun, sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, kita juga perlulah mengikut peraturan ketika berada di beberapa kawasan yang melarang penggunaan rokok tersebut.

Hal ini adalah untuk kebaikan dan mempunyai sebab-sebab tertentu. Jadi, janganlah pula menyusahkan orang lain.

Tetapi, tular sebuah video di Twitter baru-baru ini apabila seorang individu berkongsi keadaan apabila ada penonton yang menghisap vape di dalam panggung wayang telah mencetuskan kemarahan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Benggang ada penonton yang pergi hisap vape dalam wayang

Menerusi video tersebut, kelihatan pada awalnya pengguna Twitter itu sedang menonton wayang di sebuah pusat beli-belah.

Namun, sedang asyik menonton tiba-tiba alam penggera berbunyi membuatkan semua penonton di dalam itu panik dan berdiri.

Rupa-rupanya, ada individu yang telah menghisap vape membuatkan alam penggera berbunyi kerana asapnya.

"Semalam menyaksikan kebodohan orang tengok wayang. Emergency Alarm berbunyi menyebabkan semua hall kelam kabut sebab ada orang hisap vape dalam panggung wayang. Menyusahkan," tulis pengguna Twitter itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysiakini

"Hisap vape? Dalam cinema? Gila ke apa?" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 847.4K views, 3,837 retweets dan 5,999 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via @amofficialmy (Twitter)

Image via @amofficialmy (Twitter)

Image via @amofficialmy (Twitter)

Image via @amofficialmy (Twitter)

Memang dah terang-terang tak boleh tapi dia buat juga ya. Patut kena saman je.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment