seismik

[VIDEO] Cover Lagu Hanya Guna Dram Botol, Budak Lelaki Ini Raih Perhatian Ramai

Syok pula dengar.

Cover image via @bukit.rondok (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman kanak-kanak adalah zaman di mana kita mahu mencuba pelbagai benda

Imaginasi kanak-kanak juga tinggi sehinggakan mereka boleh melakukan apa saja yang berada di sekeliling mereka.

Contohnya seperti objek seperti kayu, botol dan banyak lagi. Mereka boleh reka cipta mengikut kreativiti sendiri.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila kreativiti seorang budak lelaki menjadikan botol sebagai dram telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@bukit.rondok Membalas @adilshaputra nih bg, maaf kelamaan.. hampir lupa mau upload... #bocil #drummer #anakkampung #fyp #fyp #fypage suara asli - Hendro kartiko

Mainkan lagu walaupun dram hanya guna botol terpakai

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki dilihat sudah bersiap sedia untuk memainkan sebuah lagu bersama.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah set dram yang digunakannya itu adalah daripada botol-botol terpakai yang dijadikan sebagai alat muziknya.

Malah, dia juga menggunakan pelbagai saiz botol plastik dan juga baldi. Walaupun set dram berkenaan diperbuat daripada bahan kitar semula, namun ia mampu menghasilkan rentak yang merdu.

"Hebat bakat budak ni. Moga ada yang bagi dia peluang mencuba nanti" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kehebatan budak itu dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 15.4M views, 903.9K likes dan 13.5K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Berbakat dik, boleh pergi jauh ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: