“Effort Dia 100%” - Budak Lelaki Gigih Belikan Hadiah Untuk Girlfriend Ini Curi Tumpuan
Sweet lah dik.
Setiap orang pasti mahu disayangi dan menyayangi seseorang yang dicintai betul tak?
Ada yang sanggup lakukan apa saja demi orang yang mereka cintai. Tidak kiralah tua mahupun muda.
Malah, budak-budak zaman sekarang pun sudah pandai bercinta. Pasti anda juga pernah mengalami situasi yang sama kan?
Sama seperti video di TikTok ini apabila kegigihan seorang budak lelaki membelikan hadiah untuk kekasih hatinya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Belikan pelbagai makanan hadiahkan pada kekasih
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu merakam kegigihan adik lelakinya yang membelikan pelbagai makanan untuk dihadiahkan pada seseorang.
Difahamkan, adiknya itu membelikan pelbagai snek makanan yang mahu dihadiahkan pada kekasih hatinya.
"Effort dia 100% daripada aku ni" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 234.5K likes dan 5,503 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!