"TikTok Juga Dia Percaya" - Soalan Gadis Tanya Pasal eBelia Pada PMX Ini Curi Perhatian
Sabar ya, nanti dapat.
Seperti yang kita semua tahu, pembentangan bajet tahunan pada tahun ini telah memberikan beberapa inisiatif untuk rakyat
Beberapa inisiatif telah pun diperkenalkan untuk menolong rakyat terutama bagi golongan berpendapatan rendah.
Ia juga termasuklah inisiatif untuk pelajar-pelajar di seluruh Malaysia. Antaranya eTunai Belia Rahmah.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang gadis menanyakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai bilakah eTunai tersebut akan dikreditkan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Selamba tanya PM bila duit nak dikreditkan
Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu sedang berlangsungnya sesi soal jawab Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi.
Namun, salah seorang pelajar kemudian bertanyakan bilakah bantuan tersebut akan dikreditkan kepada mereka. Bila ditanya dari manakah gadis tersebut mendapat sumber ia akan dikreditkan pada bulan April, gadis itu menjawab melalui TikTok.
"Siapa yang kata bulan April, kalau Menteri Kewangan kata memang betul, kalau TikTok kata kena periksa dahulu"
"Tetapi ini Menteri Kewangan hendak jawab soalan berkaitan itu, kepada yang tanya e-Belia bila dapat, sekarang ini bulan lima Mei, bulan enam Jun insya-Allah kita akan bagi, tetapi kalau beri nombor telefon, saya akan beritahu terus," kata Perdana Menteri.
"Rata-rata sekarang, tak kisah anak muda ke anak tua ke sumber mereka datang dari TikTok" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 32.7K views, 84 retweets dan 273 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!