seismik

Terlupa Diri Pegang Akaun Company, Admin Live Seronok 'Like' Sampai Ternampak Muka Sendiri

Seronok tap tap like ya.

Cover image via @_nnadia___ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang kita boleh lihat jenama pasaran yang mempromosikan barangan di TikTok

TikTok live juga sedikit sebanyak dapat menarik minat pelanggan untuk membeli. Memandangkan sekarang ia lebih mudah dan boleh dibeli secara online saja.

Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila admin sebuah akaun terikut 'like' sehingga kamera terpusing ke arah mukanya telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Hos suruh pengikut yang tap like, admin pun terikut sekali

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu akaun TikTok berkenaan sedang membuat live mempromosikan jenama mereka.

Hos kemudian berkata untuk menyuruh semua pengikutnya untuk menekan like banyak-banyak sebagai tanda sokongan.

Apa yang lebih menghiburkan adalah admin akaun tersebut turut menyertainya dengan menekan like banyak sehingga kamera terpusing ke arah muka sendiri. Situasi itu membuatkan individu berkenaan terkejut dan cepat-cepat mengalihkannya kembali.

"Gambaran aku bila tengok crush senyum tapi dia perasan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 304.9K views, 23.3K likes dan 154 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Dia mesti lupa yang dia pegang akaun tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: