seismik

Terjumpa Di Kedai Makan, Wanita Bahagia Berjodoh Dengan Suami Walaupun Jarak Umur 38 Tahun

Kalau dah jodoh tak ke mana ya tak?

Cover image via @arelya_azahar (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak mahu mengahwini pasangan idaman bukan?

Tambahan lagi, kalau dia mempunyai ciri-ciri pasangan idaman yang kita mahu. Memang berharap saja agar dijodohkan. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Malah, jarak umur juga bukanlah satu penghalang untuk seseorang. Jika sudah serasi apa salahnya betul tak?

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi kisah cintanya bersama suami telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@arelya_azahar Pergorbananmu terbanyak untuk diungkapkan . Terima kasih sayang #fypdongggggggg #fypviral #fypage bunyi asal - takdir & waktu

Perkenalan di kedai makan membawa ke jenjang pelamin

Menurut sumber, wanita yang dikenali sebagai Arelya itu memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih berusia daripadanya. Arelya berusia 24 tahun, manakala suaminya pula berusia 62 tahun.

Difahamkan, detik perkenalan mereka bermula pada tahun 2019 apabila dia bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan. Pada masa itu, suaminya selalu datang menjamu selera di situ.

"Saya tidak kisah dengan kata-kata orang, siapalah kita untuk menindakkan ketentuan Allah?"

"Saya sendiri tak terfikir nak berpasangan selepas ayah meninggal dunia. Dipendekkan cerita, dek kerana kesungguhannya akhirnya saya terbuka hati untuk menerima dia sebagai suami," katanya.

Walaupun keluarganya sukar menerima hubungan mereka pada awalnya, namun dia bersyukur kerana segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan. Pasangan itu sah bergelar suami isteri pada tahun 2020.

Lihat video lain itu di bawah:

@arelya_azahar

Denganmu ku punyai segala , takkan beruntung seisi dunia .Limpah kurniaan petunjuk bantuan ,tempuh hari yang mendatang

original sound - WN Sweet Sunnah

"Wah, mungkin jodoh aku ni belum lahir kot" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mendoakan pasangan itu dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 89K views, 3,112 likes dan 190 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Jarak umur bukan penghalang untuk bahagia kan? :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: