seismik

"Dah Jatuh Talak Ni" - Isteri Terkejut Jumpa Perbualan Gatal Suami Di Aplikasi Dating

Kesiannya isteri dia.

Cover image via Twitter

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pasangan suami isteri, komunikasi itu sangat penting untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Kalau dua-dua senyap saja macam mana nak selesai masalah betul tak? Hubungan rumah tangga yang matang adalah wujudnya sifat bertolak ansur dan faham antara satu sama lain.

Namun, sehingga kini masih ramai yang mengambil kebaikan pasangan untuk berlaku seperti curang dan sebagainya. Banyak juga kita boleh lihat kes curang yang dikongsi di media sosial.

Tular sebuah video baru-baru ini, apabila seorang wanita meluahkan rasa sedihnya apabila melihat mesej perbualan suami dan seorang wanita lain di sebuah aplikasi telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Suami kantoi curang, perbualan mesej pula buat isteri sedih

Menerusi video perkongsian tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan sedang membaca mesej perbualan antara suaminya dan seorang wanita di sebuah aplikasi dating.

Apa yang membuatkan si isteri tambah sedih adalah suaminya itu siap memberitahu untuk berkenalan dan menjadikannya 'calon'. Walhal yang sebenarnya dia sudah pun berkahwin.

"Kau dah kahwin macam mana boleh jadi calon. Dah jatuh talak dah Bad, kita kena pergi mahkamah dah," katanya dalam keadaan sedih.

Image via Twitter

"Pentingnya ilmu agama. Jahat mana pun dah kahwin patut tahu hukum hakam" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi marah dan pandagan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 505.7K views, 2,026 retweets dan 2,690 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Kita pula yang sedih tengok. Sampainya hati :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: