Penat Urus Anak Punca Tolak Ajakan Bersama, Tak Sangka Suami Siap Bawa Pelacur Masuk Rumah
Biar betul?
Dalam sesebuah rumah tangga, pasti ada pasang surutnya
Tipulah kalau cakap tiada pergaduhan langsung bukan? Ia sebenarnya memberikan pengajaran yang berguna dan menguatkan lagi rasa cinta itu.
Tambahan lagi, jika mempunyai anak. Makin kuat sesebuah perhubungan itu. Namun, sebagai suami isteri perlulah ada kerjasama dalam menguruskan anak.
Zaman sekarang pula apabila wanita juga sudah bekerjaya. Pasti penat kalau mahu mengharapkan seorang saja yang urus anak. Ia juga boleh mendorong kepada banyak faktor. Puncanya isteri penat dan tiada masa kadangkala untuk melayan suami.
Sama seperti seorang wanita ini yang meluahkan perasaannya di Twitter mengenai suaminya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Terkejut suami kantoi bawa balik pelacur masuk rumah
Menerusi ciapan tersebut, seorang wanita meluahkan perasaannya apabila dia terpaksa menolak ajakan bersama suaminya.
Difahamkan, ia kerana dia penat kerana terpaksa mengurus tiga anak mereka dan juga bekerja. Apabila si suami mengajak untuk bersama, dia terpaksa menolak kerana penat.
Lebih menyedihkan lagi, suaminya itu juga kantoi ada membawa balik seorang pelacur ke dalam rumah mereka.
"The next day dia bawa balik pelacur ke rumah kami. Saya cuma mohon kata dan nasihat untuk proceed cerai. I'm done," tulisnya.
"Proceed! Tak guna simpan jantan gitu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam dan memberikan pelbagai pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 2,065 retweets, 786 quotes tweets dan 5,578 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!