seismik

"Melawan Hukum" - Seronok Nyanyi Lagu Galau Indonesia, Amoi Ini Curi Perhatian Ramai

Seronok ya menyanyi.

Cover image via @atikayazidd (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti ada lagu kegemaran mereka masing-masing bukan?

Tidak kisahlah genre lagu ataupun bahasa lagu tersebut. Muzik ialah universal, sesiapa saja boleh menikmatinya.

Sama seperti video di Twitter ini apabila seorang individu merakam gelagat rakan Cinanya yang seronok menyanyi lagu daripada kumpulan Indonesia telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Seronok nyanyi lagu galau Indonesia dalam kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis Cina sedang berada di dalam kereta bersama rakannya.

Dia dilihat dengan sepenuhnya menghayati lagu daripada kumpulan Indonesia iaitu d'masiv. Malah, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia juga siap menyanyi dan membuat pelbagai gaya.

Situasi itu membuatkan rakannya terhibur melihat gelagatnya.

"Dia punya penghayatan A++!" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan berkongsi perkara yang sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 388.8K views, 2,913 retweets dan 7,447 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Feeling betul dia menyanyi tu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: