[VIDEO] Tunggu Dalam Kereta Masa Kawan Pergi Solat, Lelaki Cina Ini Buat Netizen Terharu
Terbaik bro!
Tinggal di kawasan yang berlainan bangsa sememangnya unik kerana kita boleh lihat adat dan budaya mereka
Di Malaysia, kita ada tiga bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Jadi, apa salahnya kalau kita berkawan dan bergaul dengan semua bangsa bukan? Barulah ada kerharmonian negara. Walaupun berlainan bangsa, tetapi setiap agama perlulah dihormati.
Sama seperti video ini apabila seorang lelaki Cina berkongsi sedang menunggu rakan-rakannya sedang solat telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi tunggu luar masjid masa kawan tengah solat
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki Cina sedang menunggu di dalam kereta ketika rakan-rakannya pergi menunaikan solat.
"Bila kau seorang Cina dan kau keluar dengan geng kau yang semua Melayu, waktu solat ni kau kena masuk masjid dan tunggu diaorang solat di luar masjid," katanya.
Malah, dia juga berkongsi ketika setiap kali saja habis rakan-rakannya solat, mereka akan memberikan songkok ataupun kopiah untuk dipakainya.
“Kawan-kawan awak anak muda yang baik kerana mereka tak tinggalkan solat” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji cara pemuda itu yang sanggup menunggu rakan-rakannya solat.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3M views, 262.2K likes dan 5,561 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!