Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gara-Gara Takut Dijangkiti Covid-19, Lelaki Ini Tempah 'Satu Flight' Untuk Pergi Bercuti

Dia menghabiskan kira-kira RM31,708.91 untuk tempahan seluruh tempat duduk dalam pesawat itu.

Seperti yang kita sudah tahu, sejak kebelakangan ini kes positif Covid-19 semakin meningkat dan orang ramai disarankan untuk tidak keluar rumah lebih-lebih lagi bercuti keluar negara

Namun tindakan seorang lelaki Indonesia ini telah mencuri perhatian netizen apabila dia dikatakan telah menempah sebuah pesawat untuk pergi bercuti ke Bali bersama isterinya.

Percutian mereka itu adalah sempena meraikan sambutan tahun baru di sana. Apa yang mencuri perhatian ramai ialah apabila lelaki itu memuat naik sekeping gambar di story Instagramnya.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan pesawat yang dia naiki adalah kosong tanpa penumpang lain sehingga nampak seperti di dalam jet peribadi.

Image via @richardmuljadi (Instagram)

Risau dijangkiti Covid-19, lelaki itu nekad tempah seluruh pesawat yang harganya antara 75 juta hingga 110 juta rupiah

Menurut sumber, dia menggunakan syarikat penerbangan komersial Batik Air untuk perjalanan tersebut.

"Setelah aku tempah sebanyak mungkin tempat duduk, harganya tetap lebih murah daripada menyewa private jet. Itulah helahnya," katanya.

Menurutnya lagi, dia dan isteri tidak akan terbang melainkan dalam pesawat yang hanya ada mereka berdua saja kerana terlalu takut dijangkiti Covid-19.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment