seismik

Netizen Malaysia Pertikai Isu Ganjaran RM369,000 Untuk Pasangan Mempunyai 3 Anak Di Korea

"Ramai warga Malaysia bermentaliti subsidi" - Netizen.

Cover image via Wanista.com & HypeAuditor

Tular baru-baru ini, Korea Selatan telah menawarkan ganjaran duit kira-kira RM369,000 kepada pasangan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak

Tujuan ganjaran tersebut diberikan adalah untuk meningkatkan populasi penduduk di negara itu.

Menurut laporan, Korea New Network (KNN) melaporkan bandar Changwon di Gyeongsang Selatan kini berusaha mengatasi masalah populasi penduduk yang menurun dengan insentif kewangan dasar baru menerusi pemberian pinjaman kepada semua pasangan suami isteri yang tinggal di bandar. 

Image via Harian Metro

Sekiranya pasangan itu mempunyai seorang anak, mereka tidak akan dikenakan faedah pinjaman. Manakala bagi mereka yang mempunyai dua orang anak pula mendapat pengecualian 30% pinjaman.

Malah, tiada pembayaran balik pinjaman dikenakan kepada pasangan yang mempunyai tiga anak atau dalam erti kata lain dikira sebagai hadiah buat mereka.

Polisi baru itu juga bertujuan untuk menggalakkan perkahwinan dan kelahiran zuriat akibat kebimbangan susulan penurunan kadar kelahiran di seluruh negara

Dalam pada itu, netizen Malaysia turut memberikan pelbagai respon terhadap isu ini dan rata-rata mereka membandingkan mentaliti dan cara hidup rakyat Malaysia dengan Korea yang jelas berbeza.

Malah, ada di antara mereka juga mengaitkan dengan isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang susah untuk dikeluarkan. 

Antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: