Ini Gejala & Cara Pencegahan Strok Haba Yang Perlu Anda Ketahui. Penting!
Elakkan berpanasan di luar rumah.
Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan strok haba
Seramai dua kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan 7 tahun telah meninggal akibat strok haba di Kelantan. Ia kemungkinan disebabkan cuaca panas berpanjangan di negara kita susulan peralihan Monsun Timur Laut.
MetMalaysia juga meramalkan cuaca ini akan berpanjangan sehingga bulan Ogos. Gelombang panas ini dijangka akan meningkat sehingga suhu 37 darjah celcius.
Sebab itu, kita semua perlu cakna tentang strok haba supaya dapat mengelakkan simptom yang bahaya. Ibu bapa juga harus memantau aktiviti anak-anak terutamanya pada musim panas ini.
Apa itu strok haba?
Strok haba boleh terjadi akibat panas yang melampau sehingga badan tidak mampu menstabilkan suhu. Suhu badan akan meningkat melebihi suhu badan iaitu 40 darjah celcius atau lebih. Suhu badan normal adalah 37 darjah celcius, jika lebih anda akan mengalami demam dan sakit.
Kejadian strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba atau meningkat. Strok haba boleh terjadi kepada manusia dan haiwan. Golongan yang berisiko termasuklah kanak-kanak, warga emas yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru dan lain-lain.
Setiap kawasan atau daerah mempunyai suhu yang berlainan mengikut faktor geografi. Anda juga perlu bezakan antara kelesuan haba dan strok haba.
Lihat perbezaan di bawah:
Image via KKM
Tanda-tanda awal / gejala strok haba:
Pastikan anda dan keluarga mengenal pasti tanda-tanda awal atau gejala strok haba supaya gejala dapat dikawal segera.
- Suhu badan meningkat sehingga 40 darjah celsius atau lebih
- ️Berpeluh
- ️Muka menjadi merah
- ️Sakit kepala
- ️Mual-mual
- ️Muntah-muntah
- ️Rasa haus yang berlebihan
- ️Air kencing berwarna keruh
- Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut
- ️Jantung berdegup dengan lebih kencang
- ️Ruam merah timbul pada kulit
- ️Pengsan atau tidak sedarkan diri
Image via KKM
Cara untuk cegah daripada terkena strok haba:
- Elakkan aktivtiti di bawah sinaran matahari terik untuk tempoh yang panjang
- Banyakkan minum air supaya badan mempunyai hidrasi
- Memakai pakaian yang longgar dan ringan
- Memakai topi jika keluar
- Pastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis
Image via KKM
Rawatan segera di rumah:
Jika anda mendapati mangsa mempunyai gelaja yang teruk, anda perlu lakukan perkara di bawah.
1. Bawa mangsa ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan daripada terkena sinaran matahari
2. Halakan kipas atau kipas mangsa menggunakan kertas
3. Jika mangsa sedar, berikan minuman sejuk
4. Dapatkan bantuan perbuatan segera
Adalah sebaiknya jika anda dapat membawa mangsa ke hospital untuk rawatan khusus.
Jangan ambil ringan kerana strok haba dapat mendatangkan kesan buruk. Ibu bapa juga perlu pantau aktiviti anak-anak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment