seismik

[VIDEO] "Ayah Separuh Pitam" - Rambut Anak Tersangkut Dengan Tiang Gol Ini Undang Tawa

Aduhai, macam mana boleh jadi macam tu dik?

Cover image via @achey_kintangkintung (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Budak kecil dengan permainan memang tidak dapat dipisahkan

Kalau ada bola dalam rumah, memang akan dipegang sampai bila-bila. Malah, jika ada kawan-kawan datang rumah, sudah pasti diajak main bersama. 

Namun, baru-baru ini lain pula yang terjadi kepada seorang budak perempuan apabila rambutnya tersangkut dengan jaring tiang gol masa main bola telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Jadi penjaga gol, sekali rambut pula yang tersangkut

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan memegang bola sambil berjalan ke arah ayahnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mukanya monyok kerana rambut yang tersangkut dengan tiang gol. Dia dilihat terpaksa berjalan sambil membawa tiang gol yang berat itu.

Pada akhir video, dia telah diselamatkan ayahnya. Si ayah menanggalkan jaring yang terikat dengan getah rambut anaknya itu.

"Kalau iya pun penjaga gol jangan sampai bawa tiang gol tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6M tontonan, 715K tanda suka dan 14K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jadi berat kepalanya nak bawa tiang tu ke mana-mana :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: