Gelagat Budak Suka Main Air Ini Cuit Hati, Tapi Ramai Pula Yang Tanya Mana Beg Kuning
Comel sangat sampai ramai nak beli.
Memiliki anak merupakan anugerah terindah buat ibu bapa
Mereka bukan saja dapat menceriakan suasana di rumah, gelagat mereka yang melucukan itu juga boleh membuatkan para ibu bapa hilang daripada stres seketika.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil seronok bermain air di depan rumah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suka kena percikan air sampai terbahak-bahak
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang berada di luar sambil ahli keluarga menyiram air kepadanya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak kecil itu sangat seronok apabila kena percikan air. Dia siap gelak terbahak-bahak. Semua geram melihat telatah comelnya.
"Baru kena siram-siram gitu. Ini kalau bagi lepas mandi hujan ini, rasanya tak mau masuk rumah dah," tulis ibunya.
Image via @adwyhazamin_ (TikTok)
"Awak terlupa letak beg kuning ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 282K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut geram dengan kecomelan si kecil itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @adwyhazamin_ (TikTok)
Image via @adwyhazamin_ (TikTok)
Image via @adwyhazamin_ (TikTok)
Kalau matikan air mesti menangis budak tu :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment