seismik

"Naik Syeikh" - Ramai Terpegun Tengok Cara Atuk Bawa Kucing Jalan-Jalan Di Ekspo Ini

Amboi, siap naik atas kepala ya.

Cover image via @itsmwr_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang memilih kucing untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan

Kucing bukan setakat comel, ia juga jinak dan senang dijaga. Sebab itu, kucing menjadi haiwan peliharaan yang digemari ramai. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang atuk membawa kucingnya ke ekspo telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba duduk atas kepala atuk

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang atuk membawa kucingnya ke ekspo untuk bersiar-siar. 

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kucing itu dilihat selamba duduk di atas kepala tuannya dengan diam. Si atuk juga dilihat sangat tenang dan gembira dengan gelagat kucingnya. 

"Atuk melayankan saja cucu dia nak pergi ekspo tengok kawan-kawan dengan test wetfood" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 603K tontonan, 116K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tenang je tengok muka atuk ngan oyen tu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: