seismik

[FAKTA] Betul Ke Sapu Rumah Waktu Malam Boleh Jadi Miskin? Ini Jawapan Dr Zulkifli

Jaga kebersihan memang wajib!

Cover image via Life News Agency & Iluminasi

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menyapu rumah sudah menjadi rutin harian kita bukan?

Iyalah, nak pastikan rumah atau sesuatu tempat itu bersih, sudah tentu kita akan membersihkannya. Tidak dinafikan, lantai memang cepat berhabuk kalau tidak dibersihkan. 

Namun, pernah atau tidak anda dengar kalau malam memang tak boleh menyapu rumah? Kebiasaannya, mak-mak atau nenek akan cakap siapa yang menyapu rumah pada waktu malam akan miskin. 

Betul ke semua itu?

Gambar sekadar hiasan

Image via Indozone Fadami

Boleh saja, tiada larangan untuk sapu rumah pada waktu malam

Menerusi jawapan Dr Zulkifli, tiada larangan untuk umat Islam menyapu rumah pada waktu malam. Sebaliknya, kita dituntut untuk menjaga kebersihan rumah bila-bila masa saja.

"Hal ini kerana Islam sangat prihatin terhadap soal menjaga kebersihan dan bersuci. Ini kerana kebersihan merupakan sebahagian daripada ciri-ciri orang beriman." jelasnya.

Perkara tersebut juga pernah diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy'ari bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa bersuci itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri keimanan.

Begitu juga ada hadith lain yang menggalakkan atau menggesa untuk membersihkan rumah-rumah, dan ia disebut sebagai salah satu ciri orang Mukmin dan meninggalkannya pula adalah salah satu ciri orang Yahudi. 

Buktinya, kami melihat Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dibersihkan siang dan malam begitu juga hotel-hotel. Jadi selama mana ia kotor dan ada kemampuan oleh tuan rumah, maka boleh dibersihkan siang ataupun malam.

Image via Penggerak Daily

Boleh saja kalau nak sapu rumah waktu malam lepas ini ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: