seismik

[VIDEO] Penyanyi Indie Ini Tak Sangka Tuanku Permaisuri Agong Sporting Ikut Duet Sekali

Mesti dia tak sangka dapat peluang tu.

Cover image via @kimalogy (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelancaran Museum of Contemporary Arts (MOCA) yang berlangsung di Kuantan telah pun diadakan pada minggu lepas

Lanjutan itu, pelbagai persembahan yang disediakan untuk para tetamu. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan penyanyi berpeluang untuk menyanyi bersama Tuanku Permaisuri Agong telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@kimalogy

Sekali seumur hidup! Dapat berduet dengan Tuanku Permaisuri Agong yang dikasihi rakyat jelata. Menjunjung kasih Tuanku Tahniah atas pelancaran MOCA (Museum of Contemporary Arts) & Selamat menyambut ulangtahun keputeraan yang ke 63 #kimal #margasatwa #cover #lagutentangcinta #bebiromeo #tuankupermaisuriagong #duet #fyp

original sound - kimalogy - kimalogy

Pelawa dan ajak Tuanku Permaisuri menyanyi bersama

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang penyanyi kumpulan rock Indie Margasatwa sedang mempersembahkan lagu bertajuk 'Lagu Tentang Cinta'. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat mempelawa baginda Permaisuri Agong untuk berduet dengannya. Baginda juga dilihat menyambut mikrofon itu lalu menyanyikan lagu tersebut bersama. 

Gila lah, bukan calang-calang orang boleh duet dengan permaisuri ini. Satu pencapaian dalam hidup, terbaik!” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 64K tontonan, 5K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fuh, sporting betul Tuanku Permaisuri Agong kita! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: