Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Guru Ini Sanggup Tinggal Bersama & Mengajar 33 Orang Pelajarnya Ketika Pandemik. Respect!

Selama sebulan setengah para pelajarnya tinggal bersama di kediamannya dan rumah sewa berdekatan.

Menggunakan waktu cikgu lain, luar dari persekolahan dan balik lewat petang untuk membuat kelas tambahan

Image via Naimah Yusuf

Naimah Yusuf adalah seorang guru Kimia di Sekolah Menengah Teknik Terengganu yang telah memberi inspirasi kepada murid-muridnya dengan dedikasi untuk kerjanya.

Guru ini tidak berkira untuk menggunakan rumah, masa dan duit dia sendiri demi pelajaran anak-anak murid kesayangan beliau. Para pelajarnya terkandas di asrama ketika musim pandemik Covid-19, namun begitu beliau tidak mahu mereka ketinggalan ilmu yang sepatut mereka perolehi tidak kira situasi.

Beliau bertindak menyewa sebiji rumah untuk menempatkan hampir satu batch pelajar lelaki sekolah beliau yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun itu. Manakala pelajar perempuan ditempatkan di rumah beliau selama hampir 2 bulan.

Selain itu, beliau memasak untuk mereka makanan hampir setiap hari, dan murid hanya perlu membayar kos dari rumah sewa ke rumah beliau sahaja. Semuanya ditanggung menggunakan duit beliau sendiri tanpa mengeluh.

Salah seorang pelajarnya mencalonkannya untuk Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald, di mana dia dinobatkan sebagai salah satu pemenang

Pelajarnya itu menjelaskan secara terperinci bagaimana Cikgu Naimah menjadi salah satu sebab kenapa mereka merasa terdorong untuk belajar.

Pelajar sekolah berasrama itu menulis, Bismillahirahmanirahim.. guru inspirasi? perlu ke ambil tahu semua ni? Ya, bagi aku sebagai seorang pelajar ianya sangat perlu. kenapa ianya perlu? bagi aku, dengan adanya guru inspirasi ini lah yang boleh memotivasikan diri aku. 

Kadang-kadang dengan adanya guru macam ini lah yang buat asbab utama aku nak datang sekolah. Yelah segelintir pelajar lain datang sekolah sebab tak sabar nak tengok crush lah pujaan hati lah macam-macam lah.. Aku ni pula tak sabar nak datang sekolah sebab nak jumpa cikgu yang comel dan baik hati ni.. Okay jadi aku mulakan kisah aku bersama cikgu comel ni..

Image via Naimah Yusuf

Aku tak paksa untuk korang baca tapi aku yakin yang korang akan menyesal sekiranya korang tak baca kisah ini.. Pada awal tahun 2019 usia aku 16 tahun dan berada di tingkatan 4, aku ditawarkan untuk masuk ke sekolah teknik, jadi aku pergi sebab memang cita-cita aku nak jadi engineer... macam biasa lah kalau pergi sekolah teknik ni mesti wajib ambil add math, fizik, kimia..

Pada masa tu aku ni memang tak suka kimia sebab bagi aku kimia ni memang susah.. aku pun kadang jadi menyesal sebab ambil aliran sains teknikal ni.. tapi nak buat macam mana kan aku tetap kena ambil sebab dah memang cita-cita..

Masa aku tingkatan 4 memang boleh dikatakan setiap kali aku ada kelas kimia mmg wajib aku tidur kalau tak pun aku tak fokus waktu cikgu ajar.. pastu masa awal tahun 2020 cikgu kimia aku masa aku tingkatan 4 dah bersara.. sedih lah jugak tapi nak buat mcm mana setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan?..

Walaupun dah berkeluarga, Cikgu Naimah sanggup balik lewat petang semata-mata nak buat kelas tambahan untuk para pelajarnya

Pada permulaan cikgu ni mengajar kelas aku.. dia sedih lah juga sebab kelas aku boleh dikatakan tak terkira jumlah pelajar yang fail kimia setiap kali exam.. tapi pada permulaan aku tengok cikgu ni dia punya semangat mmg lain macam..

Sumpah aku cakap mmg sepanjang 17 tahun aku hidup aku tak pernah jumpa cikgu yang semangat macam ni.. korang nak tahu tak dia punya semangat tu mcm mana?.. Okay macam ni lah korang boleh bayang tak cikgu yang ada keluarga sanggup balik lewat petang semata-mata nak buat kelas tambahan dan satu lagi dia sanggup ambil waktu cikgu lain yang tak dapat hadir ke sekolah semata-mata nak ajar kimia..

Image via Naimah Yusuf

Image via Naimah Yusuf

Pada mulanya aku pon serabut sbb hari-hari dikatakan kelas kimia ada.. Yelah aku kan dah memang tak suka kimia dari zaman tingkatan 4.. Aku ni setiap kali exam tak pernah lulus.. tapi setelah Allah hadirkan cikgu ni untuk ajar kelas aku alhamdulillah hati aku terbuka untuk cuba sayang dengan subjek kimia..

Tapi aku perasan bukan aku sorang je yang jadi mcm ni malah kawan-kawan aku yang lain pun dah jarang nak tengok dia tidur dalam kelas bila subjek kimia.. pada masa tu juga kelas aku sama-sama struggle kimia..

Pada awal PKP 2.0, Cikgu Naimah hantar pesanan dalam group kelas dan tawarkan kepada para pelajarnya untuk bermalam di rumah dia sambil belajar

Image via Naimah Yusuf

Masa tu juga lah kelas aku berbincang nak pergi atau tak.. disebabkan semangat cikgu tu kami sekelas pergi bermalam di rumah cikgu ni.. untuk makluman korang semua.. sekolah teknik ni seluruh negeri ada..

Dalam kelas aku pula ada yang asal dari Selangor, Kelantan, Johor, Putrajaya dan lain-lain lagi lah.. Kalau korang nak tahu kami bermalam bukan 2/3/4 malam dekat rumah cikgu tu tapi kami bermalam 1 bulan 2 minggu dekat rumah cikgu tu... bayangkan kelas aku sahaja dah 25 orang dan ada lagi dlm 8 orang kelas lain..

Waktu ni cikgu tempatkan pelajar lelaki di rumah sewa dan pelajar perempuan di rumah dia.. bayangkan selama 1 bulan 2 minggu kami disana kos penginapan dan makan dah tak perlu dibayar.. katanya dia sponsor.. cuma kami bayar kos pengangkutan je dari rumah sewa ke rumah cikgu untuk pergi kelas tambahan.. pukul 10 pagi hingga 10 mlm kami akan berada dirumah cikgu untuk belajar..

Sepanjang berada di rumah beliau bukan ilmu Kimia sahaja yang mereka perolehi malah pelbagai ilmu lain juga

Image via Naimah Yusuf

Image via Naimah Yusuf

Image via Naimah Yusuf

Cikgu ni dan family dia mmg semua orang baik.. suami dia selalu nasihatkan kami tentang masa depan setiap kali selepas solat berjemaah.. Di sini juga kami dilatih untuk menjadi imam, bilal dan di sini juga kami diajar tentang adab sembahyang dan adab dalam berkawan oleh suami beliau..

Di rumah cikgu ini juga kami diajar berdikari dan bekerjasama dalam sesuatu perkara.. Contohnya, setelah waktu makan tiba kami semua bekerjasama untuk menyiapkan hidangan.. Disinilah bermula ilmu masakan kami di terapkan.. Disinilah kami belajar untuk memotong sayur, ayam, daging dan lain-lain..

Walaupun cikgu ini mempunyai keluarga tapi beliau tetap gigih dalam melakasanakan tanggungjawabnya dalam mendidik pelajarnya.. Peristiwa ini memberi saya inspirasi kerana dengan hadirnya cikgu ini beliau telah membuatkan hubungan kami sekelas menjadi makin rapat dan menyayangi kawan yang lain antara satu sama lain..

Tambahan pula dengan peristiwa ini juga membuatkan hubungan keluarga aku dan keluarga sahabatku yang lain menjadi rapat.. Alhamdulillah dengan semangat dalam tunjuk ajar cikgu ini kelas kami dapat membuktikan bahawa kimia ini menyeronokkan sehingga kelas kami berjaya mengurangkan gred G dan memperbanyakkan gred C ke atas dalam TRIAL SPM 2020..

Alhamdulillah dengan adanya slogan kiia itu mudah InsyaAllah A+ kami berjaya mengharungi ujian sehingga berjaya menduduki peperiksaan kimia SPM 2020 dengan tenang.. Insyaallah doakan result kami semua cemerlang.. saya cukup terinspirasi dengan cikgu ini sehinggakan saya ingin menjadikan cita-cita saya sebagai guru teknikal.. kenapa saya ingin menjadi guru? kerana saya ingin memberi manfaat kepada orang lain mcm cikgu saya ini buat.. InsyaAllah..

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan senarai para pemenang yang lain. Anda boleh saja klik di sini. Selamat Hari Guru!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment