Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) sebanyak RM40 bilion membantu rakyat dan ekonomi yang terjejas
Menerusi pengumuman perutusan khas sebentar tadi, beliau menjelaskan matlamat bantuan itu dilaksanakan adalah untuk memerangi wabak Covid-19; memelihara kebajikan rakyat; dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Berikut di bawah adalah antara inisiatif akan dilaksanakan di bawah 'Pemerkasa Plus' yang anda perlu tahu:
1. RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
BPR Tambahan:
- Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima bantuan RM500
- Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 - RM5,000 terima bantuan RM300
- golongan bujang akan menerima RM100