seismik

Seramai 82,341 Bayi, Kanak-Kanak & Remaja Di Seluruh Negara Kini Telah Dijangkiti Covid-19

19,851 kes melibatkan golongan berusia daripada 0 hingga 4 tahun.

Cover image via Malay Mail & Bernama

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Malaysia kini merekodkan seramai 82,341 bayi, kanak-kanak dan remaja yang telah dijangkiti Covid-19

Menurut sumber, daripada jumlah itu, sebanyak 19,851 kes melibatkan golongan berusia daripada 0 hingga 4 tahun, 8,237 (5 hingga 6 tahun), 26,851 (7 hingga 12 tahun) serta 27,402 (13 hingga 17 tahun) dan mereka adalah pesakit Covid-19 kategori 1, 2 dan 3.

Dalam pada itu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tiada yang di ICU (unit rawatan rapi) buat masa ini.

Bimbang dengan statistik tersebut, Dr Adham menasihatkan ibu bapa atau penjaga untuk bertanggungjawab melindungi golongan berkenaan daripada dijangkiti seperti tidak membawa anak-anak mereka ke tempat yang sesak.

Jelasnya lagi, walaupun tiada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan kompaun dikenakan kepada ibu bapa yang membawa anak ke tempat sesak, namun kertas siasatan boleh dibuka.

Mengenai jumlah ujian saringan yang dilaksanakan bagi tempoh 23 hingga 29 Mei, beliau berkata sebanyak 774,863 individu di seluruh negara menjalani ujian tersebut dengan 53,419 individu didapati positif Covid-19.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusa Malaysia/Fariz Rusadio

Cadang memperluaskan ujian saringan menggunakan kaedah Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen dengan bantuan kerajaan negeri

Berikutan situasi peningkatan mendadak kes baru ketika ini, “KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) akan meningkatkan ujian saringan bagi kontak rapat khususnya di Lembah Klang dengan mewujudkan pusat-pusat pensampelan dalam komuniti,” katanya.

Bagi meningkatkan pengesanan kes positif Covid-19 dalam komuniti, beliau berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan ke atas semua kes bergejala yang mendapat rawatan di fasiliti kesihatan KKM serta mereka yang mempunyai sejarah penyakit komorbid tanpa mengira usia.

Dr Adham turut melahirkan kebimbangan terhadap risiko kematian akibat Covid-19 iaitu 0.45 peratus atau 45 pesakit daripada 10,000 kes positif berhadapan risiko kematian berdasarkan kadar yang direkodkan ketika ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: