Hampir Hilang Kawalan Sebab Tayar Pecah, Sebak Ada Orang Baik Tolong Walaupun Hujan Lebat
Terima kasih orang baik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Memastikan kenderaan dalam fungsi yang baik adalah perlu ketika anda memandu
Apatah lagi, jika pemanduan anda adalah jauh. Perlu memastikan semuanya dalam keadaan baik.
Namun, kadang kala masalah yang kita hadapi tidak boleh disangka kerana ia berlaku secara tiba-tiba walaupun kita sudah memastikan semuanya dalam keadaan baik. Jadi, terpaksalah berhenti ke tepi untuk mendapatkan bantuan.
Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang bersyukur kerana masih selamat selepas tayar keretanya tiba-tiba pecah.
Image via @yarazaqquntukku (TikTok)
Ada orang datang tolong tukarkan tayar walaupun dalam hujan lebat
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi panik selepas tayar keretanya tiba-tiba pecah di atas lebuh raya semasa dia sedang memandu.
Kejadian itu membuatkan dia hampir hilang kawalan dan terus berlalih ke tepi jalan untuk mendapatkan bantuan. Difahamkan, kejadian berlaku sewaktu hujan sedang lebat.
Namun, sementara menunggu pihak PLUS tiba, datang seorang lelaki yang membantunya menukarkan tayar walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Wanita berkenaan meluahkan rasa syukurnya kerana semuanya selamat dan berterima kasih kepada individu tersebut dan pihak PLUS yang membantunya.
Lihat video itu di bawah:
Alhamdulillah, semuanya selamat. Dalam keadaan macam ini siapa saja tak gelabah kan :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment