seismik

Pemilik Kereta BMW Cabut Lari, Enggan Bayar Kos Baiki Kereta Bernilai Sehingga RM38K

Dia kini diburu kerana turut melanggar pekerja bengkel.

Cover image via Utusan

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemilik bengkel kereta dan dua pekerjanya cedera di Taman Setia Tropika, Johor Bahru

Kejadian itu berlaku ketika mereka cuba menghalang pelanggan melarikan kenderaan BMW yang siap dibaiki tanpa membayar kos penyelenggaraan.

Menerusi kenyataan di Facebook, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.54 malam daripada lelaki berusia 29 tahun yang pemilik bengkel.

"Berdasarkan laporan itu, Sabtu lalu kira-kira 12 tengah hari, lelaki berusia 40-an datang ke bengkel mangsa untuk membaiki kerosakan kereta yang dianggarkan bernilai RM38,000.

"Semalam, kira-kira 8 malam, pelanggan sama datang semula ke bengkel itu bersama rakannya berusia 40 tahun dan berpura-pura mahu memandu uji keretanya, namun mereka bertindak melarikan kenderaan terbabit," katanya.

Image via Utusan

Tambah beliau, semasa kejadian suspek meminta pekerja bengkel itu memeriksa but kereta, namun rakan suspek tiba-tiba menyembur pemedih mata ke arah lelaki terbabit sebelum melarikan kenderaan berkenaan.

"Mangsa (pemilik bengkel) cuba menahan kereta dipandu suspek yang melintasi bengkelnya dengan berpaut pada cermin sisi kereta di lampu isyarat tetapi cuba dilanggar oleh suspek.

"Seorang lagi pekerja bengkel berusia 29 tahun cuba mengejar suspek dengan menunggang motosikal tetapi dihimpit kenderaan dipandu suspek sehingga terjatuh," katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa dan dua pekerjanya mengalami kecederaan, manakala kerugian dianggarkan RM43,000.

Pihak polis kini giat mengesan kedua-dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat menerusi talian 019-3811817.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: