seismik

"Terpanjang Dalam Sejarah" - Juruacara 'Terpegun' Lepas Baca Nama Unik Graduan UiTM

Memang unik ya nama dia.

Cover image via @yongmarina_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konvokesyen adalah majlis yang menjadi idaman para graduan

Iyalah, selepas bertungkus lumus, akhirnya ia membuahkan hasil dengan sebuah pencapaian. Pastinya ibu bapa adalah orang yang paling berbangga betul tak?

Ditambah pula dengan momen menaiki pentas saat sedang dibacakan nama. Mesti rasa berbangga dengan diri sendiri kerana berjaya menghabiskan pengajian.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi momen membacakan nama graduan telah mencuri perhatian ramai.

Nama graduan panjang dan unik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang membaca nama-nama graduan yang naik ke atas pentas.

Namun, dia 'terpegun' dengan salah seorang nama graduan yang panjang. Malah, dia dapat membaca nama graduan tersebut dengan lancar sekali.

"Bila kau nampak nama graduan sedikit 'aneh' untuk dibaca dan dia Penerima Anugerah Naib Canselor. Agak-agaknya boleh baca tak kalau dapat nama ni?.

"Tahniah kepada graduan Aminasufi Aininnaim," tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

@yongmarina_ Bila kau nampak nama graduan sedikit “aneh” untuk dibaca & dia Penerima Anugerah Naib Canselor. Agak-agaknya boleh baca tak kalau dapat nama ni? P/S: Tahniah kepada graduan Aminasufi Aininnaim #fyp #uitm #uitmdihatiku #uitmshahalam #istiadatkonvokesyenuitm99 #konvokesyen #konvokesyenuitm #konvokesyenuitm99 #unipurple #pembacanamagraduan #pembacanamagraduanuitm original sound - Asyaaaaa

Apa-apa pun tahniah untuk semua graduan! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: