Peniaga Luah Rasa Marah, Penduduk 'Rampas' Tempat Parkir Kedai Makan Punca Tiada Pelanggan
Difahamkan, teguran telah diberikan namun penduduk terbabit masih tetap berdegil.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kecoh baru-baru ini selepas peniaga 'mengamuk' pada penduduk setempat gara-gara tiada pelanggan
Menerusi sebuah video perkongsian di laman X, kelihatan beberapa buah kereta telah diletakkan nota pada kereta mereka.
Difahamkan, ia selepas peniaga di medan selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras naik marah apabila penduduk perumahan di kawasan sekitar telah menggunakan tempat letak kereta medan selera tersebut sebagai parkir persendirian.
"Kejadian dekat Food Court Bandar Sri Permaisuri. Customer nak datang makan sini parking takda.
"Sebab penduduk flat, apartment parking kawasan food court. Memang marah lah kedai-kedai makan sini. Customer fade up cari parking takda, terus gerak makan tempat lain," tulis individu itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!