seismik

Komik Marvel Jadi Perhatian Selepas Masukkan Adegan Majlis Tahlil Dalam Jalan Cerita

Rare ni.

Cover image via Read All Comics

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak kenal dengan cerita-cerita daripada Marvel bukan?

Marvel terkenal dengan penghasilan filem Marvel Cinematic Universe, berdasarkan watak yang muncul dalam penerbitan Marvel Comics.

Namun, baru-baru ini tular selepas adegan di dalam komik Marvel yang memperlihatkan majlis tahlil telah mencuri perhatian ramai.

Muncul adegan majlis tahlil buat seorang adiwira yang telah mati

Ia tular selepas seorang individu di Facebook berkongsi satu adegan di dalam komik berkenaan memperlihatkan beberapa adiwira di dalam komik tersebut hadir ke sebuah majlis tahlil demi memberi penghormatan terakhir buat Ms. Marvel.

Untuk pengetahuan anda, Kamala Khan yang merupakan adiwira Muslim pertama yang memegang gelaran Ms. Marvel, dan dia mendapat pujian kerana memberikan representasi yang baik.

Difahamkan, komuniti Muslim yang berada di New Jersey telah mengadakan majlis tahlil bagi memperingati kematian Kamala Khan dalam komik Fallen Friend: The Death of Ms. Marvel.

Image via Read All Comics

Majlis ini telah dikendalikan oleh imam masjid iaitu Sheaikh Abdullah di masjid New Jersey. Apa yang lebih mencuri tumpuan terdapat beberapa karakter dari Marvel yang hadir ke majlis tahlil tersebut.

Malah, Wolverine juga dilihat memberi salam dan kata-kata positif kepada ayah Kamala iaitu Yusuf Khan. Captain Marvel pula mengenakan pakaian dengan bertudung dan Iron Man membuka kasut untuk masuk ke dalam masjid.

"Ternyata Marvel sangat terbuka dalam meraikan kepelbagaian agama dan budaya masyarakat yg harmoni. Terbaik." tulis individu itu di kapsyen.

Image via Read All Comics
Image via Read All Comics
Image via Read All Comics
Image via Read All Comics
Image via Read All Comics
Image via Read All Comics
Image via Read All Comics
Image via Read All Comics

Menarik juga adegan dalam komik ni ya. Pertama kali tengok :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: