seismik

Kanak-Kanak Tersangkut Di Celah Tempat Duduk Awam, Ramai Persoal Siapa Design Kerusi Ini

Banyak design macam ni boleh tengok.

Cover image via Sinar Lagenda (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kes melibatkan kanak-kanak kini berlaku dalam negara

Antara yang paling terbesar sudah tentunya kes jenayah. Tetapi, ada juga kes-kes di luar jangkaan yang berlaku.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar memantau aktiviti anak-anak ketika berada di luar.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang tersangkut di celahan kerusi besi telah mencuri perhatian ramai.

Ramai persoal siapa yang buat reka bentuk kerusi

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan pasukan Bomba sedang berusaha mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak perempuan yang tersangkut di celahan tempat duduk.

Oleh kerana tempat duduk itu diperbuat daripada besi, pasukan Bomba terpaksa menggunakan alat khas supaya dapat mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit.

Kejadian tersebut telah menimbulkan persoalan orang ramai tentang siapakah yang mencipta reka bentuk kerusi tersebut kerana ia boleh membahayakan ramai lagi orang.

Lihat antara komen-komen daripada netizen:

Lihat video itu di bawah:

Harap tak berlaku lagi kes macam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: