seismik

MBDK Nafi Abai Kebajikan Haiwan Selepas Tular Isu Taman Kucing Klang Didakwa ‘Terbiar’

Difahamkan, beberapa penambahbaikan akan dilakukan segera.

Cover image via Majlis Bandaraya Diraja Klang (Facebook) & Guang Ming Daily

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menafikan terdapat sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti tular di media sosial

Datuk Bandar Klang, Datin Paduka Noraini Roslan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan berpuas hati  dengan tahap kebersihan dan keselesaan kucing setelah mengadakan tinjauan di taman berkenaan.

Beliau memberitahu ada beberapa penambahbaikan akan dilakukan segera oleh MBDK dan akan dibantu pihak Sime Darby Property dalam masa terdekat bagi keselesaan kucing yang ada di taman itu.

"Saya menghargai keprihatinan orang awam dalam isu ini namun beberapa perkara yang ditularkan adalah tidak benar sama sekali terutama kucing-kucing yang didakwa lapar dan terbiar.

"Malahan ada kematian kucing dalam jumlah yang banyak juga tidak benar dan hanya seekor sahaja yang mati (itu pun diletakkan di luar taman oleh individu tidak dikenali) selepas saya sendiri mengadakan tinjauan bersama pihak Sime Darby pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan media.

Image via Buletin TV3

Tambah beliau, pihaknya akan memasang jaring bagi mengelak keadaan panas di taman itu. Malah, pihak Sime Darby juga katanya akan membina anjung bagi keselesaan kucing di taman itu serta akan turut memberi perhatian kepada penjagaan serta pemakanan haiwan berkenaan.

Jelasnya, kucing bersifat ‘territorial’ di mana ia memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan pelbagai perkara tanpa sebarang sekatan dan ia akan dilepaskan pada waktu pagi.

"Kita merancang untuk mengadakan kerjasama dengan sukarelawan yang berminat dalam penjagaan kucing memandangkan sokongan masyarakat terhadap Taman Kucing Klang ini begitu positif dan membanggakan," katanya.

Untuk pengetahuan anda, Taman Kucing Klang ini dibina oleh Sime Darby Property tetapi telah diserahkan kepada MBDK.

Jadi, operasi dan penyelenggaraannya adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kesihatan MBDK.

Sebelum ini, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menggesa pihak yang bertanggungjawab terhadap taman kucing itu untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang menyatakan terdapat pengabaian kepada kebajikan haiwan berkenaan.

Ia selepas tular video memaparkan kekecewaan seorang pengunjung berhubung keadaan kucing di taman itu yang didakwanya tidak terjaga.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: