"Tak Patut Ada, Membebankan" - Bapa Anggap WhatsApp Group Sekolah Anak Sering Disalah Guna
Dengan macam-macam perangai pula dalam group tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Banyak perkara perbezaan yang telah berlaku berbanding pada zaman dahulu
Terutama sekali dalam kecanggihan teknologi dan penggunaan gajet. Semuanya kini boleh diakses dihujung jari sahaja.
Begitu juga dengan pembelajaran sama ada di sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Banyak yang telah berubah.
Zaman kini, rata-rata sekolah telah mempunyai group WhatsApp di antara guru dan ibu bapa pelajar bagi memudahkan lagi urusan komunikasi.
Namun, sebenarnya ia sedikit sebanyak telah memberikan bebanan lain. Situasi itu dikongsikan oleh seorang bapa yang meluahkan bebanan telah dihadapinya.
Dakwa group sekolah ganggu ibu bapa
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang bapa telah meluahkan permasalahan yang dihadapinya selepas wujudnya group WhatsApp sekolah anaknya.
Menurutnya, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan di dalam group berkenaan sehingga ada yang bertanyakan mengenai kerja sekolah anak.
Malah, dia juga mendakwa guru-guru juga seperti tidak menghormati masa cuti dengan ada yang memberikan kerja sekolah pada hari Sabtu atau Ahad.
"Itu masalah yang saya nampak sekarang. Kadangkala dalam WhatsApp group sekolah anak-anak, saya nampak ibu bapa yang melebih-lebih. ‘Kerja sekolah anak saya ni tak siap lagi cikgu, macam mana?.
"Kadangkala saya nampak segelintir cikgu suka bagi kerja rumah selepas waktu sekolah iaitu Sabtu dan Ahad menerusi telefon (WhatsApp group). Tak nafikanlah benda tu.
"WhatsApp group tu bagi saya membebankan bukan kata murid-murid, dia membebankan mak bapak juga," luahnya.
Tambahnya, mengapa ia tidak boleh dikekalkan seperti zaman dahulu yang tidak mempunyai group WhatsApp tetapi masih mampu menyiapkan kerja sekolah dan siapkan segala tugasan yang diberi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!