[VIDEO] Jalur Gemilang Berkibar Megah Di Bandar Chicago, Lagu Negaraku Turut Berkumandang
Terima kasih warga bandar Chicago!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum tahu, negara tercinta kita Malaysia baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 tahun
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana kita hidup di dalam negara yang aman dan damai.
Malah, Malaysia kaya dengan pelbagai budaya dan bangsa. Disamping banyak tempat menarik kita boleh kunjungi.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan Jalur Gemilang dikibarkan di bandar Chicago telah mencuri perhatian ramai.
Kibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan
Menerusi video tersebut, seorang individu berkongsi suasana ketika berada di Chicago, Amerika Syarikat.
Difahamkan, ketika itu dia berada di hadapan Chicago Cultural Center dan melihat mereka mengibarkan Jalur Gemilang sambil memainkan lagu Negaraku.
Menurut individu berkenaan, mereka melakukan ini untuk setiap negara yang meraikan Hari Kebangsaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!