Eddy Bernard Raih Pingat Gangsa Pertama Buat Negara Di Sukan Paralimpik Paris 2024
Tahniah Eddy Bernard!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Atlet olahraga para negara Eddy Bernard tidak melihat kekurangan fizikal menghalang dirinya daripada berjaya menghadiahkan pertama buat negara
Eddy menghadiahkan pingat gangsa 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) buat negara dengan catatan 11.58 saat (s) pada hari keempat Sukan Paralimpik 2024 di Stade de France.
Meskipun dilahirkan dengan keadaan tangan dengan sebahagian jari bersambung dan kaki kecil di bahagian kanan, atlet dari Beluran, Sabah, itu sentiasa berfikiran positif.
Malah, beliau sering meletakkan dirinya mampu membuat apa yang manusia dilahirkan dalam keadaan cukup sifatnya lakukan.
"Bila lihat orang lebih sempurna fizikalnya boleh buat, saya pun boleh. Saya selalu cuba positifkan diri saya.
"Kadang-kadang pernah rasa rendah diri namun saya cuba alih fikir benda lain dan lawan diri untuk positif...jangan fikir negatif," katanya kepada Harian Metro.
Bukan sahaja memenangi gangsa, malah beliau turut mencatatkan masa 11.58s yang memecahkan rekod Asia terdahulu milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, Mei lalu.
Sementara itu, pingat emas disambar wakil Afrika Selatan, Mpumelelo Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi milik atlet Cuba, Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s.
Untuk rekod, sukan Paralimpik Paris 2024 telah bermula sejak 28 Ogos lalu dan akan berakhir 8 September ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!