seismik

Namewee Kritik Pelancong China Ini 'Desak' Diri Untuk Cakap Mandarin Ketika Di Malaysia

Cakap pula dengan orang yang memang tak faham Mandarin.

Cover image via @namewee (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita melancong ke sesebuah negara, bukan semua bahasa mereka kita boleh memahaminya

Disebabkan itu pentingnya untuk kita mengetahui bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris adalah bahasa perantara antarabangsa.

Jadi, ia lebih memudahkan kita untuk berkomunikasi jika berada di negara luar. Namun, sesetengah orang beranggapan merasakan negara mereka itu 'istimewa' sehingga mahu bercakap bahasa lokal mereka walaupun berada di negara luar.

Seperti video perkongsian daripada Namewee ini yang mengkritik seorang pelacong China yang didakwa seperti memaksa diri menggunakan bahasa Mandarin ketika berada di Malaysia.

Tetap guna bahasa Mandarin walaupun ramai tidak faham

Menerusi video tersebut, kelihatan Namewee berkongsi sebuah klip video yang dipercayai seorang pelancong China yang datang ke Malaysia.

Di dalam klip video itu, pelancong berkenaan baru sahaja tiba di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tetapi, apa yang membuatkan Namwee 'meluat' adalah, pelancong berkenaan menggunakan bahasa Mandarin untuk bertutur dengan warga tempatan.

Walaupun pekerja di situ memberitahu mereka tidak memahami bahasa Mandarin, tetapi individu berkenaan tetap tidak menghiraukannya.

Oleh kerana kesukaran untuk memberi respons, individu berkenaan akhirnya terpaksa mengalah dengan guna aplikasi penterjemah untuk berinteraksi.

Lihat video itu di bawah:

@namewee

... https://youtu.be/qxSaZUp71jQ

original sound - Namewee

Sebab itu pentingnya kena tahu bahasa Inggeris :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: