JAKIM Sahkan Lima Restoran Terkenal Bukan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
Semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati semakan status halal bagi lima restoran terkenal bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
JAKIM dalam satu kenyataan berkata, semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL Jakim selepas menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
"Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM, status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Justeru, maklum balas yang disediakan oleh Jabatan ini telah dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut," katanya.
Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia juga mendapati Ayam Penyet Best yang ada empat outlet mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
“Jabatan telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui emel pada 2 September lalu pukul 11.36 malam iaitu hari sama diberi maklum balas atas pertanyaan diajukan," katanya.
Dalam kenyataan itu juga memberitahu sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk, pengguna boleh melakukan semakan di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php.
"Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui: https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!