Masih Belum Jumpa Jodoh Walaupun Sudah 8 Kali Jadi Pengapit, Pemuda Takut Terkena 'Badi'
Insya-Allah ada suatu hari nanti.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ajal dan jodoh semua sudah ditentukan oleh Tuhan buat kita
Kita hanya perlu menjalaninya dan berdoa agar kehidupan kita berjalan dengan lancar kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita. Adakah jodoh datang terlebih dahulu ataupun ajal yang bakal menjemput.
Apatah lagi bila bercakap soal jodoh, pasti semua orang mahu mendirikan rumah tangga. Cuma kita masih tidak berpeluang untuk merasainya.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki meluahkan perasaan sedih selepas dia gagal bertemu jodoh.
Jadi pengapit lapan kali tapi masih tiada jodoh
Menerusi perkongsian akaun TikTok milik @izzat_khairuddin atau nama sebenarnya Muhammad Izzat Mohd Khairudin, hubungannya bersama kekasih yang terbina selama 13 tahun itu juga tidak berkekalan lama.
Berkata kepada sumber, dia memberitahu takut akan terkena 'badi' walaupun sudah lapan kali menjadi pengapit.
"Saya rasa mungkin terkena badi sebab jadi pengapit lapan kali. Orang-orang tua dulu pun pernah kata kalau (jadi pengapit) lebih dari tiga kali, jodoh mungkin akan lambat.
"Jadi mungkin ada betulnya kata orang-orang tua itu. Sampai sekarang jodoh tak sampai walaupun umur saya sudah hampir 30 tahun," katanya
Malah, dia cuba menjalin hubungan baharu selepas perpisahan tersebut namun ia tidak bertahan lama.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia membuat keputusan untuk berhenti menjadi pengapit sejak tahun 2021 meskipun menerima banyak permintaan daripada keluarga dan sahabatnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!