seismik

"Buat Malu Negara" - Malaysia Di Kedudukan Ke-5 Negara Paling Kuat Buli Siber Di Dunia

Ini semua tentera bawang punya pasal.

Cover image via Harapan Daily (Gambar sekadar hiasan) & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kes buli siber semakin berleluasa di Malaysia, sehingga ada yang membunuh diri kerananya

Menerusi Harian Metro, Malaysia telah menduduki tangga kelima dunia dalam kategori buli siber. Ia adalah hasil daripada kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) merekodkan Malaysia menduduki tangga kedua di Asia bagi kadar buli siber, sekali gus menunjukkan masalah yang semakin serius.

Pada November lalu, kerajaan dalam usaha mengkaji kewajaran mewujudkan Akta Anti Buli Siber dalam menangani gejala yang dilihat semakin membarah.

Image via Harian Metro

Tentera bawang buat malu negara

Antara kes yang buli siber yang berlaku di Malaysia termasuklah apabila pelumba dari Jepun, Shinji Nakano menerima tempias 'tentera bawang' negara ini selepas terbabit dalam satu insiden perlanggaran dengan pelumba daripada Malaysia, Shah Firdaus Sahrom ketika temasya Olimpik di Paris, baru-baru ini.

Akibat daripada insiden itu, ribuan 'tentera bawang' daripada pengguna media sosial negara telah membanjiri ruangan komen atlet Jepun berkenaan.

Malah, lebih 30,000 komen membanjiri platform Instagram milik Nakano dan rata-ratanya adalah pengguna media sosial negara ini yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada atlet tersebut.

Selain itu, perkara sama turut berlaku kepada pelumba berbasikal trek Britain, Jack Carlin di Olimpik Tokyo 2020 apabila dikatakan turut menghimpit Shah Firdaus sehingga menyaksikan perlumbaan saringan kedua acara keirin terpaksa dimulakan semula.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia Madani

Insiden yang sama pernah berlaku beberapa tahun sebelum ini apabila atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dinafikan pingat emas selepas atlet para lontar peluru Ukraine, Maksym Koval mengemukakan protes.

Akibat daripada itu, 'tentera bawang' negara telah menyerang laman sosial Koval sehingga memaksanya menutup akaun sedia ada dan membuka akaun media sosial baharu.

Berdasarkan satu laporan berita, Koval mendakwa akaun media sosial miliknya digodam rakyat Malaysia selepas 'menyerangnya' dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran di akaunnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: