Graduan UiTM Umur 77 Tahun Berjaya Habiskan Pengajian, Dapat Tepukan Ramai Terima Skrol
Tahniah pak cik!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menamatkan pengajian tinggi sememangnya menjadi idaman ramai
Setelah bertahun-tahun berhempas pulas, akhirnya kini tiba masa untuk diraikan dalam satu majlis. Sudah tentu, momen ini akan menjadi momen yang manis apatah lagi ia disaksikan oleh ahli keluarga, tentu mereka merasa bangga.
Namun, umur bukanlah penghalang untuk anda mencapai kejayaan dalam pembelajaran.
Seperti kejayaan yang dicapai oleh seorang warga emas ini yang berjaya menamatkan pengajian tinggi.
Umur 77 tahun bukan penghalang untuk tamatkan pengajian
Menurut sumber, graduan yang bernama Zulkifly Abdullah, berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pengajian Undang-undang dari Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Malah, dia bukan seorang yang biasa kerana beliau merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia selama dua tahun antara tahun 2001 hingga 2003.
Selain itu, dia juga merupakan seorang pendaftar Mahkamah Perusahaan selama tiga tahun sebelum menjawat jawatan sebagai pengarah jabatan berkenaan.
Menerusi video tersebut, kelihatan dia menerima tepukan gemuruh semasa naik ke atas pentas menerima skrol.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!