seismik

[VIDEO] Bengang Kereta Dihon, Pemandu Bezza Bertindak Memandu Dalam Keadaan Berbahaya

Hon tu sebagai peringatan je.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pengguna jalan raya, kita diingatkan agar berhati-hati dalam setiap pemanduan

Hal ini kerana, nukan kita sahaja yang menggunakan jalan raya, tetapi ia turut dikongsi oleh orang ramai. 

Jika kita tidak fokus ketika berada di jalan raya, takut perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Namun, kita juga perlulah bertolak-ansur dan peka.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang individu berdepan dengan seorang pemandu yang 'degil' ketika berada di jalan raya.

Image via X

Tak bergerak walaupun lampu hijau

Melalui sebuah rakaman dashcam yang tular di aplikasi X, kelihatan sebuah kereta Perodua Bezza dilihat tidak bergerak walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau beberapa saat.

Pemilik rakaman kemudian telah membunyikan hon sebagai peringatan supaya pemandu kereta itu bergerak kerana lampu sudah bertukar hijau.

Tetapi, pemandu Bezza tersebut seolah-olah seperti tidak berpuas hati dan bertindak memandu dalam keadaan berbahaya dengan menghalang pemilik rakaman dari memotong kenderaannya.

Lihat video itu di bawah:

Dia hon je bukan ajak bergaduh, aduhai :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: