seismik

Konon Nak Keluar Pergi 'Tabligh', Suami Kantoi Curang Dengan Perempuan Lain

Tak baik tipu macam tu.

Cover image via @ricxxxkiddo (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya, tipulah kalau nak kata sentiasa saja bahagia betul tak?

Pertelingkahan pasti akan berlaku juga, namun itu bukan tiket untuk anda 'mencari' yang baru. Adalah lebih baik jika anda dan pasangan berkomunikasi untuk selesaikan masalah yang berlaku.

Namun, zaman sekarang banyak kes curang kita boleh lihat berlaku tidak kira lelaki mahupun wanita. 

Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas seorang isteri meluahkan rasa kecewanya terhadap suami yang berlaku curang.

Cakap nak fokus beribadah, tapi ke 'jalan' yang lain

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita telah meluahkan rasa kecewanya selepas mendapat tahu tentang kecurangan suaminya.

Difahamkan, pada awalnya si suami ada meminta izin untuk menyertai 'tabligh' selama tiga hari, kononnya diajak rakan dan mahu memperbaiki diri.

Namun, si isteri seperti merasakan sesuatu sehingga segala kebohongan suaminya terbongkar. Suaminya dilihat ketika itu sedang keluar bersama seorang wanita lain.

Menurut wanita berkenaan, dia telah berkahwin sepanjang dua tahun dan mendakwa telah dicurangi sebanyak enam kali.

Lafaz cerai talak 3 selepas kantoi

Apa yang lebih mengejutkan wanita itu, selepas terbongkar kecurangan suaminya, lelaki berkenaan bertindak dengan menceraikan isterinya dengan talak tiga.

Namun, selepas wanita itu bertanya kembali adakah dia betul menceraikannya dengan talak tiga, lelaki itu kemudian bertukar untuk menceraikannya dengan talak satu pula.

Kata hati isteri memang selalu betul :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: