seismik

Hanya 20 Daripada 1 Juta Graduan UiTM Berjubah Hitam, Lelaki 'Reveal' Bagaimana Terpilih

Tahniah!

Cover image via @matt.kamil (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim konvokesyen merupakan majlis paling bermakna buat para graduan

Selepas sekian lama, akhirnya hasrat mengenggam skrol kini tercapai. Ramai graduan yang berkongsi momen manis mereka di media sosial.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi saat dia menerima jubah hitam khas yang digunakan hanya untuk graduan UiTM yang terpilih buat ramai tertarik.

Kongsi pencapaian sehingga dapat pakai jubah khas

Melalui akaun TikTok @matt.kamil, pemuda itu meluahkan rasa terujanya selepas dapat memakai jubah khas graduan UiTM yang berwarna hitam.

Malah, ramai bertanya apa pencapaiannya hinggakan dapat memakai jubah berwarna hitam kerana kebiasaanya graduan UiTM akan mengenakan jubah berwarna biru.

Difahamkan, dia mengambil jurusan International Business dan telah mencipta teknologi angkasa yang antara pertama di dunia.

Menurutnya, hanya dua puluh daripada 1 juta graduan sahaja akan terpilih memakai jubah khas dan dipilih atas pencapaian luar biasa.

Muhammad Mohd Kamil (kiri), Razlan (tengah) dan Lee Guo Rui harum nama negara.

Image via Harian Metro

Menerusi laporan daripada Harian Metro, mereka melakar sejarah apabila teknologi ciptaan mereka iaitu Wireless Power Technology for Space Applications (stesen pengecasan tanpa wayar untuk kegunaan di angkasa) dipertandingkan pada Startup World Cup 2023 di Silicon Valley, San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Lebih membanggakan apabila teknologi ciptaan Muhammad Mohd Kamil, 29, Muhammad Razlan Dhamir Hamdan, 29, dan Lee Guo Rui, 25, itu adalah yang pertama di negara ini dan dunia.

Malah, satu lagi pencapaian buat mereka apabila berjaya menarik minat syarikat angkasa di Los Angeles iaitu Astrolab untuk bekerjasama membangunkan teknologi itu di bulan.

Razlan ketika menerangkan teknologi hasil ciptaan mereka.

Image via Harian Metro

Lihat video di bawah:

@matt.kamil Replying to @StormieRose AURA - Ogryzek

Hebat betul, bukan semua orang dapat pakai jubah hitam :O

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: