Netizen Kecam Tindakan Ibu Bapa Biarkan Anak Mandi Air Banjir - "Bahaya Leptospirosis"
Ramai pula tu mandi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seramai 136,511 orang daripada 41,174 keluarga yang terjejas banjir masih ditempatkan di 636 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri, setakat 8.30 pagi ini (Isnin, 2 Disember)
Menurut laporan Harian Metro, angka itu menunjukkan penurunan berbanding 150,474 orang yang direkodkan pagi semalam, dengan negeri masih dilanda banjir adalah Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Johor, Perak, Pahang dan Melaka.
Dalam pada itu, ramai yang berkongsi keadaan banjir di media sosial mereka yang menunjukkan kawasan terjejas dan apa yang berlaku.
Namun, tular baru-baru ini sebuah video memaparkan keadaan kanak-kanak yang bermandi air banjir mendapat perhatian ramai.Ramai kecam tindakan ibu bapa biarkan anak mandi dan main air banjir
Menerusi video di TikTok, kelihatan seorang individu berkongsi keadaan banjir di Kota Bharu, Kelantan. Dapat dilihat dalam video itu ramai kanak-kanak yang sedang bermain air banjir.
Bukan itu sahaja, ramai kanak-kanak dilihat tidak diawasi oleh ibu bapa mereka dan seronok bermain air banjir.
Hal ini telah menimbulkan kerisauan ramai yang memberitahu ia air kotor dan boleh mendapat penyakit leptospirosis.
Lihat antara komen daripada netizen di bawah:
Apa itu Leptospirosis?
Menurut Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia), yang disebabkan oleh bakteria dari genus leptospira.
Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan-haiwan liar yang lain.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!