Ramai Geram Lihat Cara TikToker Review Macam Tiada Adab - "Tak Perlu Tanya Dia Type Apa"
Dia dibidas teruk selepas kelakuannya terhadap seorang peniaga teh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
TikTok salah satu platform yang ramai berkongsi konten mereka dan juga perniagaan
Tidak dinafikan, mempromosikan perniagaan dan jualan di TikTok lebih mudah menarik perhatian orang berbanding di tempat lain.
Hal ini kerana TikTok sekarang menjadi platform media sosial pilihan ramai orang. Malah, banyak juga review yang kita boleh lihat di situ dengan pelbagai perniagaan terutamanya bab makanan.
Namun, tular sebuah video selepas seorang TikToker dikecam kerana konten reviewnya mencetus perdebatan ramai.
Ramai dakwa cara review kurang menyenangkan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang TikToker sedang berada di sebuah kedai jualan teh di berada di kaki lima jalan.
Di dalam video tersebut dia telah memberi RM100 kepada peniaga berkenaan mula menyediakan teh masala sebanyak 100 cawan.
Sementara peniaga itu menyusun 100 cawan, TikToker terbabit telah bertanyakan beberapa soalan sehingga ramai menganggap ia adalah soalan yang sensitif.
Dia dilihat bertanyakan soalan mengenai sentimen perkauman sama ada adakah dia rakyat Malaysia India yang digelarnya type I dan juga adakah dia type B iaitu Bangladesh.
Malah dia juga bertanyakan adakah peniaga berkenaan membayar cukai atau tidak. Video itu mendapat perhatian ramai yang tidak senang dengan kelakuannya yang dianggap kurang menyenangkan untuk ditanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!