seismik

[VIDEO] Ucapan Graduan UniKL Untuk Opah Di Majlis Konvokesyen Buat Ramai Sebak

Dengan admin sekali sebak.

Cover image via UniKL Page (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang ramai tahu, sekarang ini sedang berlangsung musim konvokesyen di beberapa buah universiti tempatan

Tidak dinafikan, majlis konvokesyen merupakan momen paling bermakna buat para graduan. Selepas bertahun-tahun lamanya belajar, akhirnya peroleh kejayaan dengan mendapatkan skrol impian.

Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dan dengan berkat merekalah kita berjaya seperti hari ini. Tidak lupa, ahli keluarga juga yang banyak membantu kita.

Tular sebuah video memaparkan seorang graduan lelaki yang memberi ucapan buat opahnya telah menyayat hati ramai.

Opah dan atuk berkorban besarkannya dan adik-beradik lain

Menerusi video di YouTube UniKL Page, graduan yang bernama Mohamad Solehin telah dinobatkan sebagai graduan terbaik terbaik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Ucapan penghargaan beliau telah membuat ramai sebak selepas sahaja dia menceritakan mengenai keluarganya. Dapat dilihat opahnya dan ahli keluarga yang lain tidak dapat menahan air mata selepas dia memberi ucapan tersebut.

Difahamkan, ibu bapa Muhamad Solehin telah bercerai sejak dia berumur tiga bulan dan menjadi anak yatim piatu ketika dia sedang belajar di universiti. Dia kemudian dibesarkan oleh opah dan arwah atuknya dengan bantuan ahli keluarga lain.

Menurutnya, ahli keluarga yang lain telah memberi pengorbanan besar selepas dia kehilangan ibu bapa dan berterima kasih atas kasih sayang dan didikan yang diberi.

Video ucapannya itu telah mendapat perhatian ramai di TikTok @uniklofficialpage yang memberi ucapan positif buat Muhamad Solehin.

Semoga terus membanggakan keluarga tercinta :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: