Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Berjaya Beli Rumah Buat Keluarga, Pemuda 20 Tahun Ini Hanya Jual Barangan Bundle. Respect!

Sangat berinspirasi.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang sudah berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan sendiri demi mencari sumber pendapatan yang lebih buat diri sendiri dan juga keluarga

Image via Keluarga

Jika kena pada caranya, perusahaan yang diniagakan itu mampu mambuahkan keuntungan dan membuatkan hidup seseorang bertambah baik berbanding sebelum ini.

Walau bagaimanapun, sesuatu perniagaan itu tidak boleh dibuat secara sembrono yang mana satu perancangan berserta idea yang kreatif perlu dilakukan agar ia tidak menjadi sia-sia di kemudian hari kelak.

Kisah ini mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk semua apabila percaturannya menjual barangan bundle telah membuatkan pemuda ini berjaya di kala usianya yang baru mencecah 20 tahun

Image via Twitter @ashrffanuar

Idea perniagaan yang diusahakan oleh Muhammad Asyraf Khairul Anuar boleh dikatakan lain dari yang lain apabila dia memilih untuk mengusahakan perniagaan bundle secara dalam talian dan menjadi pembeli peribadi atau personal shopper barangan bundle di Jepun.

Hasilnya, pemuda yang berasal dari Klang, Selangor ini telah berjaya membeli sebuah rumah untuk keluarganya selepas menceburi bidang perniagaan itu sejak tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017 lalu.

"Rumah yang saya beli tahun lalu itu sebenarnya hadiah untuk keluarga. Untuk rumah sendiri mungkin kemudian kerana saya masih bujang," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro.

Berkongsi kisah itu, Asyraf berkata dirinya telah memulakan perniagaan tersebut dengan hanya bermodalkan RM100

Antara koleksi yang dijual di laman Instagram miliknya

Image via Instagram @savagestoremy

"Dengan modal yang sedikit saya beli top up (tambah nilai) untuk langgan internet dan mengkaji beberapa akaun Instagram yang menjual barangan bundle serta cara mereka mempromosikan barang.

"Baki modal itu saya beli pakaian terpakai di kedai bundle dan jual beberapa helai di Instagram, tidak sangka dalam masa seminggu habis dijual," katanya.

Cerita pemuda ini, puncak kejayaan perniagaannya bermula selepas dia menjadi pembeli peribadi barangan bundle di Jepun sehingga berjaya menyimpan keuntungan sebanyak RM200,000

Katanya, tidak dapat dinafikan bahawa ramai kaki bundle yang sanggup berhabis duit untuk tujuan tersebut.

"Pada awal 2019, saya berjaya menyimpan keuntungan RM200,000 dalam simpanan berkat sambutan hangat pelanggan yang meminati barangan bundle dari Jepun.

"Berbaloi penat lelah 'menyelam' (mencari barangan bundle) di negara itu, hasilnya cukup lumayan kerana nilai barangan bundle di Jepun tinggi mencecah ribuan ringgit dan ada yang sanggup membelinya," katanya.

Pemuda ini berkata dia kini sedang merancang untuk menghasilkan jenama sendiri dalam perniagaan itu

Malah menerusi carian di laman Instagram savagestoremy, Asyraf dilihat semakin menghampiri impian yang mahu membuka sebuah kilang miliknya sendiri tidak lama lagi hasil daripada perniagaan yang diceburi olehnya sejak 3 tahun lalu.

Tahniah! Semoga kisah pemuda ini dapat memberikan inspirasi untuk kita semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lebih banyak artikel di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment