Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Harapan Anak Mahu Jadi Perenang Hancur, 'Dibelasah' Cikgu Sehingga Cedera Bahagian Dalaman

Sedihnya. Mohon cikgu terbabit tampil bertanggungjawab!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di laman Facebook baru-baru ini, seorang wanita kecewa dan sedih apabila anaknya yang berusia 11 tahun menjadi mangsa pukul cikgu di sekolah gara-gara insiden salah faham

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Syahmina Mohd Azim, harapan anaknya untuk terpilih menjadi wakil ke SUKMA dan Sukan SEA dalam acara akuatik renang punah begitu sahaja gara-gara tindakan seorang cikgu memukul kanak-kanak itu sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman telinganya.

"Anak kecil yang mewakili Kerian satu-satunya yang melepasi masa kebangsaan dan mempunyai ID malaysia dalam acara akuatik renang menggugurkan air mata kecewa setelah setengah tahun menjalani latihan yang sangat intensif, high impact dan telah berjaya melayakkan diri untuk capai masa yang jurulatih tetapkan.

"Kecundang dan terpaksa melupakan hasrat tersebut dengan sekelip mata sahaja kerana setiap kali berenang, hilang imbangan, hidung berdarah, kepala sakit, telinga berdengung," katanya.

Jurulatih turut kecewa dengan kejadian yang menimpa anaknya kerana meletakkan harapan tinggi untuk mengharumkan nama Malaysia.

Image via Syahmina Mohd Azim (Facebook)

Image via Syahmina Mohd Azim (Facebook)

Hanya kerana tersentuh belakang badan cikgu, anaknya ditampar sehingga telinga lebam dan ditumbuk di bahagian belakang kepala

Menurut laporan polis yang dibuat oleh wanita tersebut, anaknya tidak sengaja tersentuh belakang badan cikgu terbabit ketika hampir terjatuh.

Image via Syahmina Mohd Azim (Facebook)

Image via Syahmina Mohd Azim (Facebook)

"Anak aku selepas 3 hari kejadian, muntah tak berhenti, sakit kepala, hidung berdarah. Kami dapatkan rawatan dekat specialist doktor. Lepas beberapa hari alami masalah yg sama, kami bawak pulak ke Hospital Taiping.

"Alhamdulillah lega bila buat CT scan dan X-ray kali kedua, tak ada jumpa apa-apa yg tak normal. Tak dapat hadir competition mengikut jadual yang ditetapkan, kos latihan dan jurulatih.

"Kesan tamparan dan tumbukan tersebut menjadikan gegaran di salur separuh bulat telinga (cochlear concussion) sama simptom macam gegaran otak. Boleh baik namun ambil masa yg agak lama, atau kemungkinan besar tidak baik sama sekali.

"Ya Allah, gugur jantung ni. Air mata mak ni aku tak mampu nak sekat lagi, menangis memikirkan masa depan anak aku sendiri. Sebagai perenang, itu adalah anggota badan yang sangat sensitif Silap hari bulan boleh blackout dalam air dan meninggal," luahnya.

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment