Isteri Selalu Kena Tinggal Tiap Malam, Lelaki Nasihat Wanita Jangan Cari Suami Kaki Lepak
Payah juga kalau dapat suami macam ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam perkahwinan, setiap pasangan perlulah meluangkan masa bersama supaya sesuatu hubungan itu lebih erat
Namun begitu, ramai juga pasangan di luar sana yang menghadapi masalah komunikasi kerana mendapat suami atau isteri yang tidak faham akan tanggungjawab hakiki.
Seperti sebuah ciapan yang tular di laman aplikasi X baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi tangkap layar perbualan antara seorang wanita dan suaminya yang didakwa sering keluar lepak tengah malam.
"Kepada wanita yang merancang nak berkahwin, jika ada perkara yang kau perlu hati - hati ialah, janganlah cari lelaki yang kaki lepak," katanya.
Suami sering lepak tengah malam, tak pandai seimbangkan masa dengan isteri
Menerusi ciapan tersebut, seorang individu meluahkan rasa kesal terhadap suaminya yang sering keluar melepak sampai tengah malam sehingga mengabaikannya.
Menurutnya, suaminya itu seolah-olah menjadikannya pilihan kedua kerana lebih mementingkan masa bersama kawan-kawan di luar.
Perkara itu membuatkan si isteri menjadi lali dan bosan gara-gara sering ditinggalkan dan hanya dapat melihat wajah suaminya ketika waktu tidur.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!