"Tradisi Terima Menantu" - Lelaki Cerita Detik Seram Malam Pertama Di Bilik Pusaka
Lain macam ya tradisi keluarga dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, setiap keluarga pasti mempunyai adat atau tradisi turun-temurun sejak zaman nenek moyang dahulu lagi
Namun begitu, sekiranya sesuatu adat itu kelihatan tidak logik atau bercanggah dengan agama, lebih baik ia tidak perlu diteruskan.
Seperti sebuah ciapan yang tular baru-baru ini di laman X, seorang lelaki berkongsi kisah malam pertamanya apabila terpaksa bermalam di bilik arwah nenek isterinya telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi ciapan yang dikongsi oleh @detikseram, lelaki berkenaan menceritakan bagaimana dia 'diganggu' pada malam pertama dengan isterinya.
Menurutnya, keluarga isterinya itu mengamalkan tradisi di mana setiap kali ada pasangan yang baharu berkahwin, mereka wajib tidur di bilik arwah nenek isterinya pada malam pertama.
Bilik wangi bau kasturi, tiba-tiba rasa tangan disentuh dan perut dicuit sehingga tak dapat tidur nyenyak semalaman
Pada mulanya, lelaki berkenaan teragak-agak ingin mengikut kehendak keluarga isterinya itu. Namun, akhirnya dia terpaksa juga tidur di bilik pusaka tersebut.
"Bila buka je pintu tu, harum bau kasturi menusuk masuk ke ruang hidung aku. Bilik terhias cantik seperti kamar raja terdahulu. Peralatan semua antik. Patutlah bilik isteri aku tak berhias, diaorang hias bilik arwah nenek isteri aku.
"Aku memang tak respon apa, apatah lagi fikir nak bersama isteri dekat dalam bilik tu. Bilik tu okay je cantik dan antik tapi menyeramkan sangat. Aku rasa macam aku ni lahir tahun 1935 macam tu," katanya.
Susulan selepas insiden seram itu, abang iparnya bertanya sama ada dia dapat tidur lena atau tidak pada malam itu.
"Aku terus geleng kepala. Semua pakat gelak ketawakan aku. Sebelum kahwin pakat tanya lah pasangan korang ada tak adat sebodoh ni diterapkan dalam keluarga bakal pasangan korang," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!