seismik

Owner Bridal Kesal Jurufoto Gurau Tak Kena Tempat Tolak Pengantin Lelaki Dalam Sungai

Habis rosak baju pengantin dan aksesori semua.

Cover image via @rabbaniahmad_ (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok memaparkan seorang jurugambar bergurau tak kena tempat dengan pengantin lelaki

Menerusi video yang dikongsi oleh @rabbaniahmad_, kelihatan pasangan pengantin berkenaan sedang membuat sesi photoshoot kahwin selepas majlis mereka.

Namun, jurugambar tersebut secara tiba-tiba menolak pengantin lelaki ke dalam sungai dengan tujuan bergurau.

Owner butik pakaian pengantin kesal dengan tindakan tak wajar jurugambar, sedih baju dan aksesori habis basah

Susulan tularnya video tersebut, ramai warganet mengecam tindakan jurugambar berkenaan dan mengatakan caranya bergurau itu tak kena tempat.

Malah, pemilik butik pakaian pengantin turut meluahkan rasa kesal melihat baju serta aksesori yang disewa pengantin itu rosak gara-gara terkena air sungai.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: